Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia telah ditetapkan pada 17 November 2010, bersamaan 10 Zulhijah 1431. Restoran Seri Melayu bersama Kumpulan AmBank tidak ketinggalan untuk menganjurkan Program Amal Aidiladha kali ke – 9 ”Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim Sempena 100 Tahun Amcorp” Anjuran Restoran Seri Melayu Sdn Bhd Bersama Kumpulan AmBank pada 20 November 2010 di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay bagi meraikan anak-anak yatim dari Rumah Amal Nur El-Amin dari Country Homes, Rawang dan Rumah Siraman Kasih juga dari Country Homes, Rawang.
Program pada kali ini akan dimulakan dengan ketibaan anak-anak yatim di Restoran Seri Melayu pada jam 11.00 pagi. Program kemudiannya diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang bagi meraikan anak-anak ini. Di antara aktiviti yang diadakan adalah seperti persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Changgong, persembahan badut, penampilan istimewa maskot Hippo dan persembahan nasyid dari wakil setiap rumah kebajikan. Disamping berhibur dengan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan, anak-anak yatim ini juga akan dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa dari Dapur Seri Melayu.
Sebelum majlis bersurai, anak-anak yatim ini juga akan dihadiahkan dengan beg sekolah yang lengkap dengan alatulis dan duit raya untuk setiap seorang.